Nota Terakhir
Oktober 2, 2009 at 9:49 am | Dikirim dalam Alleycats | Tinggalkan komenLabel: lirik best, lirik lagu Alleycats, lirik lagu lama, lirik lagu melayu, lirik lagu Nota Terakhir, lirik nostalgia
Ada sekeping nota
Kujumpa di atas meja
Mencurahkan satu rahsia
Yang terpendam menjadi dendam
Mungkinkah selama ini
Kau hanya bersandiwara
Demi melupakan
Suatu tragedi
Yang tak mampu ku tempuhi
Nota yang terakhir ini
Cukup aku mengerti
Firasatku terhadapmu
Semuanya benar
Ku bukan seorang jutawan
Yang sebagaimana engkau inginkan
Ataupun seorang cendekiawan
Yang dapat mendidik seribu insan
KERNA TERPAKSA
Julai 17, 2009 at 10:39 pm | Dikirim dalam Francessca Peter | Tinggalkan komenLabel: lirik best, lirik lagu Francessca Peter, lirik lagu Kerna Terpaksa, lirik lagu lama, lirik lagu melayu, lirik lagu wanita popular, lirik nostalgia
Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua
( korus 1 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka
( korus 2 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
HANYA SATU PERSINGGAHAN
Julai 17, 2009 at 10:12 pm | Dikirim dalam Ekamatra | Tinggalkan komenLabel: Hanya Satu Persinggahan, lagu lama, lirik best, lirik lagu Ekamatra, lirik lagu melayu, lirik nostalgia
Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua
Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan
Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harapkan
Ku menghambakan diri
Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana
Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.